Saturday 12 January 2013

Pulut Kuning

Pulut Kuning ini dibuat khas untuk adik yang melangsungkan perkahwinannya pada 22 dis 2012.
Memang seronok mendeko pulut kuning ni. Saya hasilkan bersama dengan mak long dan nenek.






 Di dalam bekas2 kecil yg berwarna pink tu pun diisikan dengan pulut kuning, untuk tetamu bawa pulang. Bungkusannya pun hasil tangan saya sendiri.

Wednesday 9 January 2013

Hantaran Tema putih,pink dan peach


 Tuala berbentuk kek

Sireh Junjung

 Jam Tangan

 Jubah dan Kopiah

 Minyak Wangi

 Buah-Buahan

 Sejadah dan Tafsir Al-Quran

 Dompet dan Tali Pinggang

Coklat

Tutorial Kek Bola



Hari ni saya nak berkongsi macam mana nak buat kek bola, tapi ini separa bola, bukan sebiji bola yer... kek nyer tidak la berapa sempurna. Kek ini ditempah oleh kawan seuniversiti untuk hari jadi anaknyer.TQ Hawa..

1.Mula2 sediakan kek nyer. Saya menggunakan kek coklat moist yang dikukus di dalam loyang
   separa bulatan.
2.Setelah kek sudah dimasak dan disejukkan, saya liputi kek dengan sedikit buttercream.
3.Dengan menggunakan pencungkil gigi, lukiskan garisan2 seperti gambar di bawah.

4.Kemudian, letakkan kek separuh bulatan ini di atas kek yg lebih besar, sebagai tapaknyer


5. Menggunakan buttercream yg telah diwarnakan hitam, picitkan mengikut garisan yg telah dibuat tadi...
6.Selepas itu, menggunakan nozle polos, picitkan buttercream yg berwarna hitam sepenuh ruangan seperti gambar dibawah dan baki ruangan dipicitkn dengan buttercream berwarna putih.




Tarra.... nampak cam bola tak? kira boleh la kan...

7. Kemudian barulah kerja-kerja mendeko untuk memperkemaskan kek ini lg.




8. Kek diperkemaskan dengan rumput-rumput di sekeliling.