Saturday, 12 January 2013

Pulut Kuning

Pulut Kuning ini dibuat khas untuk adik yang melangsungkan perkahwinannya pada 22 dis 2012.
Memang seronok mendeko pulut kuning ni. Saya hasilkan bersama dengan mak long dan nenek.






 Di dalam bekas2 kecil yg berwarna pink tu pun diisikan dengan pulut kuning, untuk tetamu bawa pulang. Bungkusannya pun hasil tangan saya sendiri.

Wednesday, 9 January 2013

Hantaran Tema putih,pink dan peach


 Tuala berbentuk kek

Sireh Junjung

 Jam Tangan

 Jubah dan Kopiah

 Minyak Wangi

 Buah-Buahan

 Sejadah dan Tafsir Al-Quran

 Dompet dan Tali Pinggang

Coklat

Tutorial Kek Bola



Hari ni saya nak berkongsi macam mana nak buat kek bola, tapi ini separa bola, bukan sebiji bola yer... kek nyer tidak la berapa sempurna. Kek ini ditempah oleh kawan seuniversiti untuk hari jadi anaknyer.TQ Hawa..

1.Mula2 sediakan kek nyer. Saya menggunakan kek coklat moist yang dikukus di dalam loyang
   separa bulatan.
2.Setelah kek sudah dimasak dan disejukkan, saya liputi kek dengan sedikit buttercream.
3.Dengan menggunakan pencungkil gigi, lukiskan garisan2 seperti gambar di bawah.

4.Kemudian, letakkan kek separuh bulatan ini di atas kek yg lebih besar, sebagai tapaknyer


5. Menggunakan buttercream yg telah diwarnakan hitam, picitkan mengikut garisan yg telah dibuat tadi...
6.Selepas itu, menggunakan nozle polos, picitkan buttercream yg berwarna hitam sepenuh ruangan seperti gambar dibawah dan baki ruangan dipicitkn dengan buttercream berwarna putih.




Tarra.... nampak cam bola tak? kira boleh la kan...

7. Kemudian barulah kerja-kerja mendeko untuk memperkemaskan kek ini lg.




8. Kek diperkemaskan dengan rumput-rumput di sekeliling.



Monday, 5 November 2012

Bekas doorgift biskut tart nenas

Beberapa contoh bekas2 doorgift biskut tart nenas



Kek Pelangi (birthday cake)

Kek Pelangi (3 warna sahaja)- Tadika Cilik,Changlun





kek pelangi+buttercream (saiz 9",berat lebih kurang 1.7kg)
Kek ini ditempah oleh owner Tadika Cilik Changlun, Kak Hadibah. Menggunakan resepi kek pelangi, cuma saya buatkan 3 lapis sahaja, sebab nak menghasilkan kek yg lebar tetapi nipis skit supaya bila kek ini dipotong, potongannyer sesuai2 ajer untuk budak2 tadika ngap.


Disebabkan kek ini takder filling, jadi saya kukuskan terus lapis demi lapis sampai habis dan ini lah hasilnyer.. bila dipotong baru nampak lapisan2 warna nyer tau. Saya buat warna merah, biru dan kuning sama lah dengan warna bunga2 yg brtabur atas kek tu, hehe..


Ini kek pelangi lagi satu yang diorder oleh Kak Hadibah gak, tapi ada lapisan jem blueberry dan ditopping dengan freshcream.(saiz 10", berat: lebih kurang 1.7kg)

TQ Kak Dibah...

Kek Pelangi

Kek Pelangi ini di kukus, jadi tekstur dia lembut dan gebusss..

Setiap lapisan disapukan jem blueberry dan ditopping dengan cheesecream, yum..yum..
Kek ini di order oleh jiran sebelah, katanyer kalau disimpan sejuk dulu, lagi2 sedap..

 Ini lapisan yg telah disapukan jem blueberry




Hasilnyer setelah ditoppingkan dengan cheesecream. Ala2 kek kawen gitu...





Saiz 8"








Kek Pelangi + koko + freshcream



Kek Pelangi ini sajer2 buat khas untuk suami ku... ia dilapisi freshcream dan koko

Lapisan kek yang telah disapukan freshcream, kemudian ditaburkan dengan serbuk koko. Dilakukan setiap lapisan kecuali lapisan atas sekali

Tarra.... ini lah hasilnyer... kek pelangi ini bila dah siap memang buat kita tak sabar2 nak memotongnyer, bila dah potong dan tgk hasilnyer.. baru hilang rasa penat lelah mengukus lapis demi lapis.Puas hati betul.

Tuesday, 19 June 2012

Birthday Cake Adib

Tempahan kek harijadi dari kawan rapat,Kak Anom untuk anak lelakinye, dulu kami setaman tapi sekarang sedaerah kot...hehe.. TQ Kak Anom..



Chocolate Moist Cake(1kg) + Ganache + Buttercream